- Get link
- X
- Other Apps
[SENANG DENGAN MASUKNYA BULAN RAMADHAN]
"Sesiapa yang senang dengan masuknya bulan Ramadhan, maka Allah akan mengharamkan jasadnya ke atas neraka." (Al-Khubawi Durratun-Nashihin)
Menurut Dr. Ahmad Luthfi Fathullah dalam disertasi PHD beliau di UKM, berkata:
"Melihat lafaz dan kandungan hadis ini, ia mempunyai ciri-ciri hadis palsu, iaitu suatu amalan kecil yang dijanjikan pahala begitu besar.
Alasan kedua adalah hadis ini tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadis muktabar, termasuklah dalam kitab-kitab yang mengandungi hadis dhaif, maka hadis ini dapat digolongkan sebagaimana yang dikenali dalam isitilah ilmu hadis dengan la yu'raf lahu aslun atau la asla lahu (tidak diketahui sumber asalnya), ini menyebabkan hadis itu dihukumi palsu.
Oleh kerana itu, hadis ini adalah palsu kerana sebab di atas."
(Hadis-hadis Lemah & Palsu dalam kitab Durratun Nashihin, Dr Lutfi Fathullah, MA. ms, 70)
Intipati: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi.
Comments
Post a Comment