- Get link
- X
- Other Apps
Redakan Suami Isteri
Imam Ibnu Ḥibbān (354 H) dalam Rawḍah al-‘Uqalā’ wa-Nuzhah al-Fuḍalā’ dengan sanad yang lemah meriwayatkan bahawa Abū al-Dardā’ berkata kepada isterinya, Umm al-Dardā’:
“Kalau saya marah, redakan saya. Kalau awak marah, saya akan redakan awak. Kalau kita tidak begini, alangkah cepatnya kita akan berpisah.”
‘Illahnya pada Ibrāhīm b. Ayyūb al-Ḥawrānī yang dilemahkan oleh Abū al-‘Arab al-Qayrawānī (333 H) dan Abu al-Ṭāhir al-Maqdisī (639 H) selain inqitā‘ antara Ibrāhīm b. Adham dengan Abū al-Dardā’ dan Umm al-Dardā’.
Comments
Post a Comment