- Get link
- X
- Other Apps
Hadith :
مَا فَضَّلَكُمْ أَبُو بَكْرٍ بِكَثْرَةٍ صِيَامٍ وَلاَ صَلاَةٍ، وَلَكِنْ بِشَیءٍ وَقَرَ فِي صَدْرِهِ.
" Tidaklah Abu Bakar itu lebih utama daripada kalian kerana banyaknya berpuasa atau solat, tetapi dia lebih utama kerana sesuatu yang teguh dalam dadanya."
• Hadith ini tidak ada asalnya.
- Sheikh Ali al-Qari di dalam kitabnya al-Asrar al-Marfu'ah, m/s 452.
- Ibn al-Qayyim di dalam kitab al-Manar al-Munif m/s 246.
° Komentar ulama hadith :
(1). Al-Hafiz al-'Iraqi menyatakan bahawa dia tidak menjumpai sanad hadis ini yang bersambung kepada Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam.
(2). Al-Sakhawi menyatakan bahawa beliau juga tidak menjumpai sanad yang sahih.
(3). Syeikh al-Albani menyatakan hadis ini tidak ada asalnya.
Wallahu 'alam
Comments
Post a Comment