Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Zikir Yang Memenatkan 70 Malaikat







Sahihkah hadith menerangkan kelebihan orang yang mengamalkan zikir di bawah ini sebanyak 3 kali sehari atau selepas Subuh, maka akan dicatat oleh 70 malaikat?

 جزى الله عنا محمدا صلى الله عليه وسلم ما هو اهله

الحديث رواه الطبراني في "المعجم الأوسط" (235) ، وفي "المعجم الكبير" (11509) ، وأبو نعيم في "الحلية" (3/206) ، وإسماعيل الأصبهاني في "الترغيب والترهيب" (2/331) ، والخلعي في "الفوائد المنتقاة" (2/153) ، والخطيب في "تاريخه" (9/295) كلهم من طريق هَانِئ بْن الْمُتَوَكِّلِ قَالَ: نا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ قَالَ: جَزَى اللَّهُ عَنَّا مُحَمَّدًا بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ، أَتْعَبَ سَبْعِينَ كَاتِبًا أَلْفَ صَبَاحٍ ) .
وقال الطبراني عقبه : " لَمْ يَرْوِ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ عِكْرِمَةَ إِلَّا جَعْفَرُ بْنُ مُحَمَّدٍ ، وَلَا عَنْ جَعْفَرِ إِلَّا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ، تَفَرَّدَ بِهِ : هَانِئُ بْنُ الْمُتَوَكِّلِ " .
أورد الشيخ الألباني رحمه الله هذا الحديث في "الضعيفة" (5109) من هذا الطريق وقال " منكر "

HR at-Tabrani, Mu'jam al-Kabir, no. 11509, Abu Nu'aim dalam al Hilyah 3:206, Ismai al-Asfahani dalam Targhib, al Khala'iy dalam al-Fawaid, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dari jalur Hani' al-Mutawakkil, dari Mu'wawiyah bin Soleh, dari Jaafar bin Muhammad dari Ikrimah dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما:

Nabi ﷺ bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan, “Semoga Allah mengganjari Nabi Muhammad ﷺ dengan ganjaran selayaknya”, maka dia telah memenatkan 70 malaikat (untuk menulis pahala) selama 1000 pagi."

° Komen at-Tabrani, tidak ada jalur riwayat lain melainkan dari perawi-perawi ini sahaja, Hani' bin al-Mutawakkil bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini.

Pengesahan Syaikh al-Albani رحمه الله‎ dalam Silsilah al-Dhaifah no. 5109, hadith ini munkar, amat dhaif.

Apabila sudah dikenal pasti kedhaifannya, yakni perawi Hani' bin al-Mutawakkil, maka tidak boleh amalkan kerana banyak lagi yang sahih dan tidak boleh disebarkan melainkan dengan menyatakan kelemahannya

Comments