Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Memukul Anak Ketika Mereka Menangis






Matan hadith


لا تضربوا أولادكم على بكائهم ، فبكاء الصبي أربعة أشهر : شهادة أن لا إله إلا الله ، وأربعة أشهر : الصلاة على محمد صلى الله عليه وسلم ، وأربعة أشهر : دعاء لوالديه



Terjemahan


Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis (dalam masa setahun). Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua ia berselawat kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam. Dan pada empat bulan berikutnya ia mendoakan (kebaikan) bagi kedua orang tuanya.


Takhrij

HR. Al-Khathib Al-Baghdadi Ibnul Jauzi dalam  kitab Al-Maudhuu’aat (1/233), dan Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqhalani dalam kitab Lisan Al-Mizan (5/477). Mereka menilai hadith ini palsu.

Al-Khathib Al-Baghdadi menilai hadith ini sebagai hadith yang sangat munkar (Tarikh Baghdad 11/336).

Comments