Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Kelebihan Surah Al-Ikhlas (1)



كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَبُوكَ، فَطَلَعَتِ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ لَهَا شُعَاعٌ وَنُورٌ، لَمْ أَرَهَا فِيمَا مَضَى طَلَعَتْ قَطُّ كَذَلِكَ، فَأَتَى جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: [يا جبريل، مالي أَرَى الشَّمْسَ طَلَعَتْ بَيْضَاءَ بِشُعَاعٍ لَمْ أَرَهَا طَلَعَتْ كَذَلِكَ فِيمَا مَضَى قَطُّ [؟ فَقَالَ: [ذَلِكَ لان معاوية بن مُعَاوِيَةَ اللَّيْثِيَّ تُوُفِّيَ بِالْمَدِينَةِ الْيَوْمَ، فَبَعَثَ اللَّهُ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ [. قَالَ] وَمِمَّ ذَلِكَ [؟ قَالَ: [كَانَ يُكْثِرُ قِرَاءَةَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَفِي مَمْشَاهُ وَقِيَامِهِ وَقُعُودِهِ، فَهَلْ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ أَقْبِضَ لَكَ الْأَرْضَ. فَتُصَلِّي عَلَيْهِ [؟ قَالَ] نَعَمْ [فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ رَجَعَ. ذَكَرَهُ الثعلبي، واللهd أعلم.

Terjemahan

Pernah suatu ketika kami bersama Rasulullah SAW di Tabuk. Matahari terbit dengan sinaran dan cahaya putih, tidak seperti terbit yang biasa dilihat sebelumnya. Lalu datanglah Jibril dan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau, ‘Wahai Jibril, mengapakah aku melihat matahari terbit dengan sinaran yang tidak pernah aku lihat terbitnya sebegitu sebelum ini?’ Jibril menjawab, ‘Itu kerana Muawiyah bin Muawiyah al-Laitsi meninggal di Madinah hari ini, maka Allah membangkitkan 70 000 malaikat untuk berselawat ke atasnya.’ Dia berkata, ‘Mengapa begitu?’. Jawab Jibril, ‘Adalah (Muawiyah) banyak membaca Qul huwallahu Ahad (Surah al-Ikhlas) sepanjang malam dan siang, ketika berjalan, bangkit dan duduknya. Maka adakah anda ingin wahai Pesuruh Allah aku tahan bumi ini supaya anda boleh berselawat (berdoa) juga keatasnya?’ Jawab Nabi, ‘Ya.’ Lalu Baginda berselawat ke atas Muawiyah kemudian pulang.


Takhrij

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran (20/250).

Berkata Imam Ibn al-Jauzi dalam al-`Ilal al-Mutanahiah (1/298) : “Tidak sahih.”

Berkata Imam Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/173) : “Hadis munkar yang tidak dapat dikuatkan dengan mutaba`ah.”

Berkata Imam al-Bukhari: “Munkarul Hadis”. Begitu juga pendapat Abu Hatim dan Ibn `Adiy. (Khulasah al-Ahkam 2/964).

http://t.me/hadistaksahih
https://instagram.com/hadistaksahih
https://hadistaksahih.blogspot.com/

Comments