Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Tatacara Duduk Ketika Kencing



Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan dalam bab tersebut iaitu:

عَلَّمَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِي الخَلَاءِ أَنْ نَقْعُدَ عَلَى اليُسْرَى وَنَنْصِبَ اليُمْنَى
“Rasulullah SAW mengajar kami (tatacara kencing) di tandas supaya kami duduk (condong) di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaybah dalam Musnadnya, al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dari jalan Muhammad bin ‘Abd al-Rahman, dari seorang lelaki dari Bani Mudlij, dari ayahnya, dari Suraqah bin Malik bin Ju’syum.

Status hadis: Dhaif sebagaimana penilaian Ibn Hajar.

Punca Dhaif:
1. Muhammad bin ‘Abd al-Rahman, lelaki dari Bani Mudlij, dan ayahnya, ketiga-tiga mereka tidak dikenali (Majhul).

2. Tiada jalur sanad lain yang didapati selain dari jalur ini.

Comments