Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Tidur Selepas Sahur Menyebabkan Keras Hati?

 


Hadith larangan tidur selepas sahur kerana boleh menyebabkan keras hati

Matan Hadith

أَذِيبوا طعامَكم بذِكْرِ اللهِ والصَّلاةِ، ولا تناموا عليه فتقسُوَ قلوبُكم


Terjemahan

"Cairkan makanan kalian dengan zikir kepada Allah swt. dan solat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan sahur, kerana membuat hati kalian menjadi keras".


Takhrij

HR. Thabarani di dalam Mu'jam al-Awsath no. 4952, dan Baihaqi di dalam Syuabul Iman no. 6044 dari Aisyah.

Ibnu Jauzi berkata hadith ini palsu di dalam al-Maudhu'at 3/253-254.

Al-Albani menilai hadith ini palsu di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 115.

As-Syaukani juga menilai hadith ini palsu di dalam al-Fawaid Majmu'ah fi al-Hadith al- Maudhuah no. 156.

Al-Baihaqi berkata hadith ini munkar di dalam Syuabul Iman 5/2082.

Ibnu 'Adi menilai hadith ini munkar di dalam al-Kamil fi al-Dhu'fa' 2/242

Az-Zahabi pula berkata di dalam at-Tartib al-Maudhu'at terdapat perawi yang ditinggalkan (matruk) Bazi' Abu al-Khalil.

At-Thabarani mendhaifkannya di dalam Mu'jam al-Awsath 5/163.

As-Suyuthi mendhaifkannya di dalam Jami' as-Saghir no. 901.

Al-Iraqi mendhaifkan isnadnya dibdalam Takhrij al-Ihya' 3/118.

Ibnu Hajar al-Asqhalani berkata di dalam Futuhat al-Rabbaniyyah 5/265, hadith ini tiada asal walaupun maknanya sahih.

Comments