Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Hadith Zikir Pahala 40 Juta Kebaikan

 


Hadith zikir pahala 40 juta kebaikan
Matan hadith
عن تميم الداري عن رسول الله : أنه قال من قال أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إلها واحدا أحدا صمدا لم يتخذ صاحبة ولا ولدا ولم يكن له كفوا أحد عشر مرات كتب الله له أربعين ألف ألف حسنة

Terjemahan
Barang siapa yang mengucapkan; ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIIKALAHU ILAAHAN WAAHIDAN SHAMADAN LAM YATTAKHIDZ
SHAAHIBATAN WA LAM YAKUN LAHU KUFUWAN AHAD (aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu
bagiNya, Tuhan yang Esa, Tempat bergantung, tidak beristeri serta tidak beranak, dan tidak ada yang serupa denganNya) sebanyak sepuluh kali
maka Allah mencatat baginya empat puluh juta kebaikan.

Takhrij
HR. Tirmidzi, Kitab Doa-doa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, Bab Fadhail tasbih, takbir, tahlil dan tahmid, dari Tamim ad-Dari ra, no. 3473.

Al-Tirmidzi berkata; hadith ini adalah hadith gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini. Dan Al Khalil bin Murrah bukanlah
seorang yang kuat menurut ulama hadith. Imam Bukhari mengatakan; ia adalah orang yang hadithnya mungkar.

Didhaifkan oleh Ibnu 'Adiy dalam Kamil Dhu'afa 3/505 kerana terdapat perawi matruk.

Didhaifkan oleh al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 8/471.

Al-Arnauth berkata isnadnya dhaif dalam Takhrij Musnad no. 16957.


Comments