Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Sebaik-Baik Waktu Berhijad

 



Hadith jihad

Matan hadith

لا يزال الجهاد حلوا أخضر ، ما قطر القطر من السماء ، وسيأتي على الناس زمان يقول فيه قراء منهم : ليس هذا زمان جهاد ، فمن أدرك ذلك الزمان ، فنعم زمان الجهاد ، قالوا : يا رسول الله ، واحد يقول ذلك ؟ فقال : نعم ، من عليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين


Terjemahan

Diriwayatkan Ibnu Asakir dari Zaid bin Aslam dari Bapanya Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda “Jihad akan selalu berasa manis dan menghijau selagi hujan masih turun dari langit. Dan akan datang, suatu masa di mana sebahagian ulama ada yang
mengatakan, “sekarang bukan lagi zamannya untuk berjihad”, maka barangsiapa menjumpai
zaman tersebut, saat itulah sebaik-baik waktu untuk berjihad”. Mereka (para sahabat )
bertanya: Adakah orang yang akan mengatakan begitu?” Baginda menjawab Ada. Iaitu
orang-orang yang mendapat laknat dari Allah, malaikat dan seluruh umat manusia.


Takhrij

HR. Al-Dani dalam Sunan Waridah fi al-Fitan, no. 371, dari Zaid bin Aslam. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq, 43/347, dari Anas bin Malik. Sanad hadith ini dhaif jiddan sehingga boleh mencapai palsu, kerana terdapat perawi yang matruk dan pendusta 'Abad bin Kasir (Al-Tamheed 1/17).


Comments