Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Malaikat Membantu Keluarga Saidina Ali

 



Matan hadith

أخرجه الحفاظ بلفظ أبي ذر الغفاري قال أرسله رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ينادي عليا فرأى رحى تطحن في بيته وليس معها أحد فأخبر النبي صلى الله عليه وآله وسلم بذلك فقال: يا أبا ذر؟ أما علمت إن لله ملائكة سياحين في الأرض قد وكلوا بمعاونة آل محمد صلى الله عليه وآله وسلم


Terjemahan
Pada suatu hari ketika Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sedang menyuruh Abu Zar Alghifari untuk memanggil Sayyidin Ali bin Abi Thalib, kemudian Abu Zar bergegas pergi kerumah Sayyidina Ali, begitu sampai dirumahnya Abu Zar kehairanan melihat gilingan gandum yang berada di rumah Sayyidina Ali berputar sendiri tanpa ada seorangpun yang mengerjakannya. Kemudian setelah kejadian itu Abu Zar menceritakan kejadian tersebut kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam , Beliau berkata:
Wahai Abu Zar tidakkah kamu tahu bahawa Allah telah menugaskan sebahagian Malaikat di bumi untuk menolong keluarga Muhammad.


Takhrij
Hadith ditemukan dalam kitab Is’afu Raghibin Shabban hal. 158, al-Ghadir 4/145 (syiah) dan Syarah Ihqaq al-Haq 24/285. Tidak boleh dipertanggungjawabkan akan kebenaran hadith ini kerana sumbernya datang dari Syiah.


Comments