- Get link
- X
- Other Apps
PENJELASAN PARA ULAMA TENTANG MASALAH RAJAB (1).
1. Imam Ibnul Jauzy menerangkan bahawa hadis-hadis tentang bulan Rajab, Raghaa-ib adalah palsu dan rawi-rawinya majhul. [Lihat al-Maudhu'at (II/123-126).]
2. Kata Imam al-Nawawi:
"Solat Raghaa-ib ini adalah satu bid'ah yang tercela, munkar dan jelek(buruk)."
[Lihat as-Sunan wal Mubtada'at (hal. 140)]
3. Kata Syeikh Muhammad Darwiisy al-Huut:
"Tidak satupun hadis yang sah tentang bulan Rajab sebagaimana kata Imam Ibnu Rajab."
[Lihat Asnal Mathaalib (hal. 157)]
4. Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat tahun 728 H):
"Adapun solat Raghaa-ib tidak ada asalnya (dari Nabi Shallahu 'alaihi wasallam), bahkan termasuk bid'ah.... Atsar yang mengatakan (tentang solat itu) dusta dan palsu menurut kesepakatan para ulama dan tidak pernah sama sekali disebutkan (dikerjakan) oleh seorang ulama Salaf dan para Imam..."
Selanjutnya beliau berkata lagi:
"Solat Raghaa-ib adalah BID'AH menurut kesepakatan para Imam, tidak pernah Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam menyuruh melaksanakan solat itu, tidak pula disunnahkan oleh para khalifah sesudah beliau Shallahu 'alaihi wasallam dan tidak pula seorang Imam pun yang menyunnahkan solat ini, seperti Imam Malik, Imam Syafi'e, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah, Imam ats-Tsauri, Imam al-Auza'i, Imam Laits dan selain mereka.
Hadis-hadis yang diriwayatkan tentang itu adalah dusta menurut ijma' para Ahli Hadis. Demikian juga solat malam pertama bulan Rajab, malam Isra', Alfiah Nisfu Sya'ban, solat Ahad, isnin dan solat hari-hari tertentu dalam satu pekan, meskipun disebutkan oleh penulis, tapi tidak diragukan lagi oleh orang yang mengerti(memahami) hadis-hadis tentang hal tersebut, semuanya adalah hadis palsu dan tidak ada seorang Imam pun (yang terkemuka) menyunnahkan solat ini... Wallahualam."
[Lihat Majmu' Fatawwa (XXIII/132, 134)]
PENJELASAN PARA ULAMA TENTANG MASALAH RAJAB (2).
5. Kata Ibnu Qayyim al-Jauziyyah:
"Semua hadis tentang solat Raghaa-ib pada malam Jumaat pertama di bulan Rajab adalah dusta yang di-ada adakan atas nama Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam dan semua hadis yang menyebutkan puasa Rajab dan solat pada beberapa malamnya semuanya adalah dusta (palsu) yang di-ada adakan."
[Lihat al-Manaarul Muniif fish Shahih wa ad Dhaif (hal. 95-97, no. 167-172) oleh Ibnul Qayyim, tahqiq: 'Abdul Fattah Abu Ghaddah.
6. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalany mengatakan dalam kitabnya, Tabyiinul 'Ajab bima Warada fii Fadhli Rajab:
"Tidak ada riwayat yang sah yang menerangkan tentang keutamaan bulan Rajab dan tidak pula tentang puasa khusus di bulan Rajab, serta tidak ada pula hadis yang sahih yang dapat dipegang sebagai hujjah tentang solat malam khusus di bulan Rajab."
7. Imam al-'Iraqi yang mengoreksi hadis-hadis yang terdapat dalam kitab Ihya' Ulumuddin, menerangkan bahawa hadis tentang puasa dan solat Raghaa-ib adalah hadis maudhu' (palsu).
[Lihat Ihya' 'Ulumuddin (I/202)]
8. Imam asy-Syaukani menukil perkataan 'Ali bin Ibrahim al-'Aththaar, ia berkata dalam risalahnya:
"Sesungguhnya riwayat tentang keutamaan puasa Rajab, semuanya adalah palsu dan lemah, tidak ada asalnya (dari Nabi Shllahu 'alaihi wasallam)."
9. Syeikh Abdus Salam, penulis kitab as-Sunan wal Mubtada'at menyatakan:
"Bahawa membaca kisah tentang Isra' dan Mi'raj dan merayakannya pada malam tanggal dua puluh tujuh Rajab adalah BID'AH. Berdzikir dan mengadakan peribadahan tertentu untuk merayakan Isra' dan Mi'raj adalah BID'AH, sekiranya yang demikian itu perbuatan baik, niscaya para Salafus Solaeh sudah melaksanakannya.
[Lihat as-Sunan wal Mubtada'at (hal. 143)]
10. Syeikh 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Baaz, ketua Dewan Buhuts 'Ilmiyyah, Fatwa, Da'wah dan Irsyad, Saudi Arabia, beliau berkata dalam kitabnya, at-Tahdzir minal Bida' (hal. 8):
"Rasulullah Shallahu 'alaihi wasalam dan para sahabatnya tidak pernah mengadakan upacara Isra" dan Mi'raj dan tidak pula mengkhususkan waktu ibadah apapun pada malam tersebut. Jika peringatan malam tersebut disyari'atkan, pasti Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam telah menjelaskan kepada ummat, baik melalui ucapan ataupun perbuatan. Jika pernah dilakukan beliau Shallahu 'alaihi wasallam, pasti diketahui dan masyhur, dan tentunya akan disampakan oleh para sahabat kepada kita..."
**almanhaj.or.id
Comments
Post a Comment