- Get link
- X
- Other Apps
"Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku di saat berlakunya kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala 100 orang yang mati syahid."
Diriwayatkan oleh:
Ibn 'Adi di dalam kitab al-Kamil fi al-Dhuafa', jilid 2, m/s 90.
Al-Albani di dalam kitab al-Silsilah al-Ahadis al-Dhaifah, jilid 1, m/s 497.
Komentar ulama' hadith:
Di dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi bernama al-Hassan bin Qutaibah.
Ibn 'Adi mengatakan sanad ini sangat dhaif.
Al-Daruquthni mengatakan bahawa perawi ini tidak diambil hadithnya.
Ibn Abi Hatim menyatakan perawi ini lemah.
Al-Albani mengatakan hadith ini sangat lemah.
Intipati: Amir Yusri.
Comments
Post a Comment