- Get link
- X
- Other Apps
"Membalas surat adalah wajib sebagaimana membalas salam."
Hadith ini palsu (maudhu).
Diriwayatkan oleh:
Ibn Adi (1/90) dan Abu Naim dalam Akhbar Ashbahan (11/289), dengan sanad daripada Ahmad bin Abdullah bin Hakim al-Firyanani al-Marwazi, dari al-Hasan bin Muhammad Abu Muhammad al-Balakhi.
Yang saya ketahui bahawa al-Hasan bin Muhammad telah dinyatakan oleh Ibnu Hibban sebagai pemalsu riwayat, disebabkan itu tidak halal meriwayatkan daripadanya. Disamping itu, nama lain yang juga menjadikan lemahnya hadith ini adalah Ahmad bin Abdullah. Perawi sanad tersebut telah dikatakan sebagai perawi pemalsu hadith oleh Abu Naim.
Intipati: Amir Yusri.
Comments
Post a Comment