- Get link
- X
- Other Apps
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan dalam bab tersebut iaitu:
إِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلْيَنْتُرْ ذَكَرَهُ ثَلاثَ مَرَّاتٍ
“Jika salah seorang dari kalian membuang air kecil, urutlah zakarnya tiga kali”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, dan Ahmad dalam Musnadnya, dari jalan Zam’ah bin Salih, dari ‘Isa bin Yazdad al-Yamani, dari ayahnya.
Ahmad juga meriwayatkan dari jalan Zakariyya bin Ishaq, dari ‘Isa bin Yazdad, dari sumber yang sama.
Status hadis: Dhaif sebagaimana penilaian Ibn Hajar. Al-Nawawi menukilkan kesepakatan para ulama akan kedhaifannya.
Punca Dhaif:
2. Salah seorang perawi: Zam’ah bin Salih dipertikai kredibiliti riwayatnya.
Majoriti ahli hadis menilainya sebagai lemah, seperti Ibn Mahdi, Ahmad, Abu hatim, Abu Dawud, Ibn al-Junayd, Ibn al-Jarud, al-Tirmidzi, al-Nasa’i, al-Saji, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban, Abu Ahmad al-Hakim, al-Bayhaqi, Ibn Tahir, al-Zayla’i, al-Haythami, dan Ibn Hajar.
Hal ini kerana Zam’ah banyak melakukan kesilapan dalam periwayatannya
Sebahagian mereka seperti al-Bukhari pula menilainya sangat lemah, terutamanya pada hadis yang diriwayatkannya dari al-Zuhri terdapat banyak kesilapan sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Zur’ah.
3. Sanad ini terputus kerana Yazdad bukan seorang sahabat menurut al-Bukhari, Abu Hatim al-Razi, Abu Dawud, Ibn Abi Hatim, Ibn ‘Adiy dan lain-lain.
Justeru tidak sahih riwayat langsungnya dari Nabi SAW.
Ibn Ma’in dan Abu Hatim pula menyatakan beliau tidak dikenali (Majhul).
4. Anaknya ‘Isa bin Yazdad juga tidak dikenali (Majhul al-Hal) menurut Ibn Ma’in, Abu Hatim dan Ibn Hajar.
5. Matan (teks) hadis ini juga dikritik, kerana ia hanya menimbulkan waswas dan masalah lain seperti kencing tidak lawas.
Comments
ZAKAT?
ReplyDelete