Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Pemutus Rezeki

 


Matan Hadith

إِذَا تَرَكَ الْعَبْدُ الدُّعَاءَ لِلْوَالِدَيْنِ، فَإِنَّهُ يَنْقَطِعُ مِنَ الْوَلَدِ وَالرِّزْقِ فِي الدُّنْيَا


Terjemahan

“Jika seorang hamba meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya, maka itu akan memutus rezeki anak tersebut di dunia”.


Takhrij

HN. Imam Ibnul Jauzi dalam al-Maudhuu’at 3/284. Beliau menulis sanadnya melalui jalan Imam Baihaqi dan Imam Al Hakim sampai Anas bin Malik RA. Lalu beliau berkomentar setelahnya :

“Hadith ini tidak sahih dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salaam. Yang tertuduh memalsukan hadith adalah al-Juwaibaariy iaitu Ahmad bin Khalid, mereka menisbahkannya kepada datuknya, nama lengkapnya adalah Ahmad bin Abdullah bin Khalid, hanyalah hal ini dilakukan dengan tujuan tadlis, dan ini adalah perbuatan haram”.

Imam Syaukani dalam “al-Fawaaid al-Majmu'ah” (no. 231) berkata:

“Diriwayatkan oleh Al-Hakim dari Anas secara marfu’, dalam sanadnya ada Ahmad bin Khalid al-Juwaibaariy, ia tertuduh pendusta”.

Ibnu Hajar “Lisaanul Mizan” (1/193, no. 611) maka terdapat beberapa penilaian Jarh wa Ta’dil terhadapnya misalnya :

Imam Ibnu Adiy berkata : ia memalsukan hadits

Imam Ibnu Hibban berkata : ia seorang Dajjal dari para Dajjal

Imam Nasaie dan Imam Daruquthni berkata : pendusta

Imam Baihaqi berkata :

“Adapun al-Juwaibaariy maka aku mengenalnya dengan sebenar-benarnya bahawa ia memalsukan hadith atas nama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salaam, ia telah memalsukan lebih dari 1000 hadits, aku mendengar Al-Hakim berkata : ‘ia pendusta, jelek dan memalsukan banyak sekali hadith tentang keutamaan amal, tidak halal meriwayatkan hadithnya”.

Sehingga kesimpulannya, tidak diragukan lagi bahawa hadith ini dipalsukan atas nama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salaam, sekalipun bukan bererti dengan palsunya hadith ini, kita meninggalkan berdoa untuk orang tua kita, kerana Allah Subhanahu wa Ta’alaa telah berfirman :

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (QS. Al Israa’ : 24).

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)” (QS. Ibrahim: 41).

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapau, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan” (QS. Nuh: 28).


Comments