- Get link
- X
- Other Apps
OLEH: Taufiq Tuah
Hadith kelebihan memotong kuku pada hari-hari tertentu
Matan hadith
من قلَّم أظفارَه يومَ السَّبتِ خرج منه الدَّاءُ ، ودخل فيه الشِّفاءُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الأحدِ خرجت منه الفاقةُ ودخل فيه الغنَى ، ومن قلَّم أظفارَه يوم الإثنين خرجت منه العِلَّةُ ودخلت فيه الصِّحةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الثُّلاثاءِ ، خرج منه البرَصُ ، ودخل فيه العافيةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الأربعاءِ خرج منه الوسواسُ ، والخوفُ ودخل فيه الأمنُ والصِّحةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الخميسِ خرج منه الجُذامُ ودخل فيه العافيةُ ، ومن قلَّم أظفارَه يومَ الجمعةِ دخل فيه الرَّحمةُ ، وخرج منه الذُّنوبُ
Terjemahan
Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Sabtu maka akan keluar daripadanya penyakit dan masuk ke dalamnya penawar. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Ahad maka akan keluar daripadanya kemiskinan dan masuk ke dalamnya kekayaan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Isnin maka akan keluar daripadanya kecacatan dan masuk ke dalamnya kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Selasa maka kan keluar daripadanya penyakit sopak dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Rabu akan keluar daripadanya penyakit waswas dan ketakutan dan akan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Khamis akan keluar daripadanya penyakit kusta dan akan masuk ke dalamnya kesembuhan. Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat maka akan masuk ke dalamnya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa.”.
Takhrij
HN. Ibn Jauzi dalam al-Maudhu'at, 3/226 dan al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu'ah, 197, dari Abu Hurairah RA.
Mereka berdua menilai hadith ini palsu.
Selain itu, terdapat beberapa jalur lain yang menceritakan akan kelebihan dan fadhilat memotong kuku ini.
Antaranya ialah daripada Aisyah RA, Ibn Abbas RA dan Abdullah bin Mas’ud RA tetapi kesemua jalur ini dihukum dhaif oleh para ahli hadith.
Imam al-Sakhawi menjelaskan: “Tidak ada satu pun hadith yang sahih daripada Nabi SAW yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tertentu untuk memotong kuku.” (al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489).
Comments
Post a Comment