Cintakan Negara Separuh Dari Iman?

Keutamaan Akal

 



Hadith cara untuk mendapatkan keutamaan dunia melalui akal

Matan hadith

[عن عائشة أم المؤمنين:] يا رسولَ اللهِ، بِأَيِّ شيءٍ يَتَفاضَلُ الناسُ في الدنيا؟ قال صلّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ: بِالعَقْلِ، قُلْتُ: ففي الآخرةِ؟ قال صلّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ: بِالعَقْلِ، قالتْ: قُلْتُ: إِنَّما يُجْزَوْنَ بِأَعْمالِهِمْ، قال صلّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ: وهل عَمِلوا إلّا بِقدرِ ما أعطاهُمُ اللهُ – تعالى – مِنَ العَقْلِ، فَبِقدرِ ما أُعْطُوا مِنَ العَقْلِ كانَتْ أَعْمالُهُمْ، وبِقدرِ ما عَمِلوا يُجْزَوْنَ

Terjemahan

Dari 'Aisyah bahawa 'Aisyah mengatakan : "Aku bertanya : "Wahai Rasulullah! Dengan apakah manusia memperoleh kelebihan di dunia?". Jawab Nabi shallallahu alaihi wasallam "Dengan akal!". Lalu aku bertanya lagi: "Di akhirat?". Jawab Nabi shallallahu alaihi wasallam: "Dengan akal!" Bertanya aku lagi : "Bukankah mereka dibalas dengan sebab amal nya?". Jawab Nabi shallallahu alaihi wasallam: "Hai 'Aisyah! Adakah mereka itu beramal, selain sekadar akal yang dianugerahkan Tuhan kepadanya? Maka menurut kadar akal yang diperoleh mereka, begitulah adanya amal mereka. Dan menurut kadar amal itu, mereka diberi balasan'.

Takhrij

HR. al-Haris dalam Musnadnya no. 823 dan Ibn Mujbar, Tirmidzi dan al-Hakim dalam Nawadir Nahwah seperti disebut dalam Ihya Ulumuddin 1/84.

Ibnu Hajar al-Asqhalani menilai hadith ini maudhu' dalam Mathalib al-'Aliyah 3/207.

al-Busiri dalam Ithaf al-Khairah al-Maharah 6/21, menilai hadith ini dhaif.


Comments